Ads Top

[Sinopsis | Pelakon] Drama Vila Ghazara - TV3

[Sinopsis | Pelakon] Drama Vila Ghazara - TV3


TAJUK DRAMA: Vila Ghazara
SIARAN: Slot Akasia TV3
TARIKH MULA TAYANG: 17 Septermber 2018
MASA TAYANGAN: 7 malam
HARI TAYANGAN: Isnin hingga Jumaat
JUMLAH EPISOD: 40 episod



PELAKON:

  • Shukri Yahaya sebagai Hariz
  • Azira Shafinaz sebagai Ariana
  • Mustapha Kamal sebagai Dr Ghaz (Ghazaly Baqri)
  • Haleeda sebagai Zaharah (Zara)
  • Syed Aiman sebaga Zarul
  • Aidil Aziz sebagai Adrian
  • Hafeez Mikail sebagai Dazrin
  • Amirul Faqeem sebagai Azrel
  • Elly Mazlein sebagai Maria
  • Tunku Hanis sebagai Sofea



SINOPSIS:
Mengisahkan tentang sebuah keluarga iaitu Dr. Ghazaly Baqri (Ghaz) dan juga isterinya Zaharah (Zara) yang mempunyai 5 orang anak lelaki iaitu Zarul, Adrian, Hariz, Dazrin dan Azrel. Mereka semua tinggal di Vila Ghazara yang dinamakan sempena nama pemiliknya iaitu gabungan nama Ghaz dan Zara. Kejayaan Dr. Ghaz sebagai seorang doktor kosmetik yang tersohor dan ahli perniagaan berjaya membuatkan dia sering mengongkong dalam menentukan arah tuju 5 orang anak lelakinya itu. Walau terlihat hebat dengan keluarga sempurna di mata ramai, selama lima tahun lamanya, Dr. Ghaz menyimpan rahsia bahawa sebenarnya dia mempunyai seorang isteri lain bernama Maria. Maria sentiasa cemburu melihat suaminya itu sentiasa melebihkan isteri pertamanya itu, Maria juga tidak berpuas hati kerana Dr Ghaz terus - terusan mahu merahsiakan perkahwinan mereka dari semua orang.


Sikap Dr. Ghaz yang terlalu menginginkan kesempurnaan dan sentiasa mengongkong kehidupan anak - anaknya itu membuatkan Hariz nekad meninggalkan Vila Ghazara. Tindakan Hariz itu membuatkan Dr Ghaz marah dan tidak mengaku Hariz adalah anaknya lagi. Selepas 15 tahun, Hariz kembali ke Vila Ghazara, namun Dr Ghaz tidak mempedulikan Hariz, baginya kepulangan Hariz tetap tidak mengubah pandangan Dr. Ghaz terhadapnya. Bagi Dr. Ghaz, Hariz pulang tanpa sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan berbanding anak-anaknya yang lain. Seperti mana dia pernah merancang kehidupan anak-anaknya dulu, Dr Ghaz kini mula menyusun perancangan untuk cucu tunggalnya iaitu Alisha yang kini tinggal bersama mereka setelah anaknya, Adrian yang juga seorang juruterbang, diberhentikan kerja. Sejak dibuang kerja, Adrian dan isterinya, Sofea sering bertengkar dan mengabaikan Alisha.
Dr. Ghaz kemudiannya mengupah Arianna graduan bidang perguruan yang terdesak mencari pekerjaan untuk menjadi guru tuisyen dan mengajar Alisha di rumah. Rupa-rupanya, Arianna dan Hariz saling mengenali. Hariz membenci Arianna kerana Arianna pernah menyebabkan Hariz terlepas penerbangannya ke London suatu ketika dahulu. Kerana itu juga, sepanjang Arianna berada di Villa Ghazara, mereka sering berselisih faham. Apa yang berlaku seterusnya?


Tonton Video Online:

No comments:





Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.