Ads Top

[Sinopis | Pelakon] Drama Seribu Rindu - TV3

[Sinopis | Pelakon] Drama Seribu Rindu - TV3


Nampaknya drama Seribu Rindu yang mula ditayangkan di slot Akasia TV3 ini sudah mendapat tempat di hati penonton Malaysia.

Ini kerana sinopsis dan pelakon yang terlibat memang mantap dan menarik.

Berikut beberapa info berkaitan yang anda perlu tahu tentang drama ini.

Terbitan: Orangetree Production
Pengarah: Zamri Zakaria
Jumlah episod: 28
Tarikh mula tayang: 12 November 2018
Hari / masa tayangan: Isnin hingga Jumaat, 7.00 malam
Siaran: Slot Akasia TV3


Barisan pelakon drama Seribu Rindu TV3:
  • Zul Ariffin
  • Azira Shafinaz
  • Mona Allen 
  • Ku Faridah 
  • Fadlan Hazim 
  • Harris Baba 
  • Fazlina Ahmad Daud 
  • Hafizuddin Fadzil


Sinopsis drama Seribu Rindu TV3:
Percintaan silam yang terhenti angkara tidak direstui. Maisara terpaksa membuang kasihnya terhadap Airel kerana perkahwinannya tidak akan direstui kedua ibu bapa Airel. Orang tua Airel lebih memilih untuk menjodohkan anak lelakinya dengan calon pilihan.
Namun Maisara, seorang gadis kental percaya sinar akan muncul suatu hari nanti.
Irfan pula, seorang chef yang sudah lama menyukai Maisara. Dia sanggup ke kampung untuk belajar memasak dengan nenek Maisara hanya untuk mendekati gadis itu.
Maisara jatuh hati terhadap kebaikan Irfan dan akhirnya membawa pasangan ini ke gerbang perkahwinan.
Perkahwinan mereka mula diuji saat bahagia mula dimiliki. Malang tidak berbau, Irfan ditimpa kemalangan dan lumpuh.
Ketika inilah bala menimpa perkahwinan mereka apabila Airel kembali menuntut cintanya. Datang pula Johan dan Damia yang mengeruhkan lagi keadaan.

Tonton video semua episod drama Seribu Rindu di bawah:





Lagu tema / OST drama Seribu Rindu: Jutaan Purnama - Alyah




Semoga terhibur!

No comments:





Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.