Ads Top

[Pelakon, Sinopsis] Drama Pujaan Hati Kanda - TV3

[Pelakon, Sinopsis] Drama Pujaan Hati Kanda - TV3


Drama Pujaan Hati Kanda akan mula bersiaran pada 20 Disember 2018 di slot Akasia TV3. Pelakon dan sinopsis jalan cerita drama ini juga agak menarik untuk ditonton.

Masa tayangannya pula adalah setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam.

Untuk pengetahuan drama ini adalah terbitan Mache All Star United Sdn Bhd. Saudara Eoon Shuhaini sebagai pengarah dan dari garapan Intan Zarina Mohd Yasin.

Antara pelakon yang menjayakan drama Pujaan Hati Kanda ialah:
  • Remy Ishak
  • Mira Filzah
  • Sarah Hildebrand
  • Syazwan Zulkifly
  • Elisya Sandha
  • Mustaqim Bahadon
  • Aida Khalida
  • Azar Azmi
  • Aidil Aziz
  • Dian P Ramlee
  • Catriona Ross.

Berikut adalah sinopsis jalan cerita drama Pujaan Hati Kanda:

Mengisahkan seorang playboy, Danny, yang telah mula sedar akan kesilapan lampau dan ingin memulakan hidup baharu. Dia kini bertemu Nadine dan nekad untuk menikahi gadis itu.

Pada hari perkahwinan mereka, Danny menerima hadiah yang tidak diduga. Seorang bayi kecil bersama sijil kelahiran yang membuktikan dialah bapa kepada bayi itu ditinggalkan di masjid.




Remuk hati Nadine selepas mendapat tahu bayi itu adalah anak kepada bakal suaminya. Nadine enggan meneruskan perkahwinan. Majlis pernikahan itu dibatalkan dan Danny merasa bertanggungjawab ke atas bayi tersebut.

Danny terpaksa mencari pengasuh untuk menjaga bayi itu dan dia dipertemukan dengan Tiara, pelajar universiti yang terdesak memerlukan duit. Dalam masa yang sama Danny dan Tiara menjadi semakin rapat kerana bayi itu.


Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian dan perlu pulang ke kampung. Siapa yang harus menjaga bayi tersebut? Danny perlu berkerja dan dalam masa yang sama harus merungkai misteri bayi tersebut.

Hendak atau tidak, Tiara terpaksa membawa bayi itu pulang ke kampung dengan memberitahu keluarganya yang dia kini mengasuh anak kepada duda yang kematian isteri.

Apakah yang bakal berlaku selepas ini? Bagaimana hubungannya dengan Nadine? Perasaannya terhadap Tiara? Siapakan ibu kepada bayi itu?

Tonton episod pertama dan seterusnya di bawah:



Untuk pengetahuan, lagu tema atau OST drama Pujaan Hati Kanda ini pula bertajuk Pujaan Hati nyanyian Adira.

Ini klip video lagunya:


Semoga terhibur!

No comments:





Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.